EE Diary's






Oh La La .. ROMANTIK @ TIDAK ?




nape erk yana tulis tajuk centu ? suma mesti nk tao arn ? okeoke .. mai sini yana terang kn .. 
yana tulis nihh sbb yana nk bg soalan adkh psangan kita tue romantik @ tidak ngan kita  ..
so jawab lha soalan yg yana bg nihh erk ? hee ! :))

#1 Pengertian ROMANTIK bagi kamu ?
  a) Apabila si dia sering membuatkan kejutan dgn menghadiahkn brangan ksukaan kamu .
  b)Perkataan yg langsung tidak mmberikn sbarang makna buat kamu .
  c)Perkataan yg boleh mmbuatkn kamu berasa sperti trbang melayang .

#2 Pada pandangan kamu , berapa lama hubungan cinta kamu dan si sia mampu bertahan ?
  a)Hubungan kamu akn bertahan utk selama-lamanya .
  b)Boleh bertahan lama jika si dia lebih brtolak ansur dan bersikap trbuka .
  c)Kamu tidak mahu mengagak berapa lama akn bertahan Jika ada jodoh , ada lah .

#3 Kamu dan si dia baru sahaja berkenalan tetapi si dia sudah pun meluahkan isi hatinya pada kamu . apa yg terlintas di fikiran kamu ?
  a)Terdesaknya ! Si dia sebenarnya kesepian dan kesunyian .
  b)Wah , ini tandanya hubungan kamu akan berlarutan ke peringkat seterusnya .
  c)Kamu hargai luahan si dia . Itu juga bermakna si dia mula menyenangi kehadiran kamu .

#4 Jika si dia terlupa tarikh hari jadi kamu . kamu akan bersikap ?
  a)Tidak berasa apa - apa kerana kamu juga sering lupa tarikh - tarikh penting dalam hidupnya .
  b)Berasa geram , meluat dan marah tetapi masih mampu utk memaafkannya .
  c)Kamu berasa sangat kecewa dan merasakan si dia tidak pernah menghargai kehadiran kamu di sisinya .

#5 Dia mengajak kamu keluar di hujung minggu . Lokasi pilihan mu ?
  a)Makan di sebuah kafe eksklusif diiringi dgn muzik romantis .
  b)Berjalan brpimpin tangan di taman bunga yg menghijau sambil brbincang tentang masa depan hubungan kalian .
  c)Memilih utk menonton wayang filem romantis bersama .

#6 Si dia berjanji mahu membantu kamu membersihkan rumah . Apa yg kamu fikirkan ?
  a)Kamu tertanya - tanya mengapa dia begitu baik dan mengambil berat . Pada masa yg sama , kamu mencari jalan utk membalas bantuannya .
  b)Kamu hanya tersenyum dan ketawa mendengar janjinya itu kerana  kamu tahu janjinya tidak akan ke mana - mana .
  c)Kamu tidak sabar - sabar menanti kedatangan si dia ke rumah .

#7 Berapa banyak masa yg kamu luangkan bersama dengannya sebelum kamu sah menjadi pasangan kekasih ?
  a)Selalu berjumpa dan berbual di telefon kerana dgn itu lebih dapat mengenali hati budi .
  b)Kamu hanya berjumpa 3 kali seminggu . Malah kalau lagi jarang berjumpa lagi bagus .
  c)Hanya berjumpa dgn dia beberapa kali sahaja . Itu pun si dia yg mengajak kamu trlebih dahulu .

#8 Teman kamu bercerita bahawa dia baharu sahaja berselisih dgn lelaki idamannya . Reaksi kamu ?
  a)''Wow ! Seronoknya . Semoga kamu berjaya utk menambat hatinya ."
  b)"Saya juga tidak sabar utk berkenalan dgn lelaki idaman kamu itu ."
  c)"Berhati - hati ya kerana belum tentu si dia jujur atau sebaliknya ."

#9 Cuba renung semula hubungan cinta kamu yg lepas . Mengapa kamu dan kekasih berpisah ?
  a)Si dia menganggap kamu masih belum cukup matang utk bercinta .
  b)Kamu menganggap bekas kekasih mu bukan jodoh .
  c)Bekas kekasihmu tidak memenuhi ciri - ciri lelaki idaman kamu .

#10 Apa yg sebenarnya kamu harapkn dari si dia pada hari jadi kamu ?
  a)Kamu mahukan sesuatu yg amat istimewa darinya .
  b)Hari itu merupakan hari terbaik utk memperlihatkan rasa cinta trhadap si dia .
  c)Tidak mengharap apa -apa . Yang penting adalah keikhlasan daripadanya 

MARKAH
  1. a-1      b-0      c-2
  2. a-2     b-1     c-0
  3. a-0     b-2     c-1
  4. a-0    b-1    c-0
  5. a-1    b-2    c-0
  6. a-1    b-0    c-2
  7. a-2    b-1    c-0
  8. a-1    b-2    c-0
  9. a-0    b-1    c-2
  10. a-1    b-2    c-0



JAWAPAN

*15 ke atas

kamu memang seorang yg romantik . kamu sebenarnya mengharapkn hubungan cinta kamu akn brlangsung sperti dalam filem - filem romantik . Bertemu , jeling - menjeling dan akhirnya brcinta ! Menurut pakar psikiologi , kamu mengharapkn pasangan yg kamu temui menepati cita rasa kamu . Awas , ini sebenarnya boleh membuatkn kamu dilanda kekecewaan . Ingat , bukan semua orang bersikap romantik .


*7-14

kamu seorang yg serba sederhana . Kamu menyedari bahawa dalam bercinta tidak semestinya si dia akn bersikap romantik utk membuktikn cintanya terhadap kamu . Memang benar ramaiwanita kan cair dgn lelaki yg romantik tetapi lama - kelamaan kamu sedar bahawa tidak semestinya si dia akn terus brsikap begitu setiap masa . Ada masanya si dia mungkin trlupa hari - hari penting dlm hidup kamu tetapi memaafkan si dia lebih baik kan . Jadi , bersikap sederhana akn lebih membuatkn cinta kamu dan psangan semakin membara .


*6 ke bawah

Tidak romantik ! Kamu selalu geli pabila pasangan brsikap romantik dan kadang - kadang ada pula rasa sangsi padanya . Sikap ini sebenarnya hanya merugikan diri kamu sendiri kerana kamu menolak utk mengecap saat - saat mais bercinta . Jadi , walaupun kamu merasakn kamu tidak perlu seorang kekasih romantik tetapi sesekali ada baiknya kamu bersedia utk menerimanya . Ada banyak kejutan yg bakal kamu peroleh nanti .



hehe ! susah tak soalan tadyh ? yana rasa tak kot .. so cena ? apa yg jawapan yg anda dapat anda cubalah terima yea ..? 
selamat menjawab 
:))







Older Post . Newer Post